Art & Rindu

Semalam aku bermimpi orang yang dah lama aku lupakan dari kotak fikiran aku yg sememangnyer selalu jer kabur ni…. Entahler.. Aku ni mmg ader simptom penyakit hilang ingatan… mungkin disebabkan aku ni kekurangan zat besi… doktor yg kata aku kekurangan zat besi time aku nak derma darah dulu… tapi zat besi ader kaitan ngan penyakit hilang ingatan ker? entah ler .. aku pun tak tahu.. aku bab yg ader kaitan ngan perubatan dan biologi ni failed sikit…
Berbalik kepada mimpi aku tu…Arwah Zarina…walaupun aku ngan dier tak le serapat cam org lain rapat ngan dier… tapi dier adalah kawan aku… dormmate aku… classmate… dan waktu form 3 sebelah katil n dalam kelas lak partner aku… ckp2 pasal admire, backing aku kalau tak bawak buku gi kelas, tolong aku dlm pelajaran(esp english & history)… dan byk perkara lagi yg aku senang-senang jer padamkan dari kotak fikiran aku…
Dan aku the only one kawan dier (yg masih lagi stay kat KJ waktu tu), yg tak hadir masa sekujur tubuh itu telah terbaring kaku… sebab aku berada di sekolah ketika kawan2 lain menerima berita duka itu…Maafkan aku kawan…
Semalam aku mimpikan dier bersama bersiar-siar sambil mengimbau kisah lama… pelbagai cerita yg keluar samada suka atau duka.. Tetiba dier kabur dari pandangan.. seorang kawan menyedarkan ku bahawa dier tiada di dunia ini lagi…
Biler dikejutkan dari tidur, air mata ini masih hangat terasa membasahi pipi..
Perasaan rindu terbit dalam hati ini.. Aku ingin momohon maaf dan terima kasih atas segalanya.. Semoga kau tenang bersemadi di sana.. Al-Fatihah…

Leave a Reply